Sunday, October 31, 2010

Anak-anak ku

Dari jaoh aku lihat dia
berlari-lari kegembiraan
tanpa apa-apa perasaan
hati aku lebur seketika
itu lah selalunya terjadi
mengingatkan apa yang selalu aku lakukan
semakin tersentuh perasaan ini
perasaan yang selalu aku ikut-ikutkan
tapi percayalah
bukan nak mendera
cuma nak mengajar
biarlah dilentur rebungnya dahulu
sebelum patah buluhnya nanti
yaa.. memang betol
mereka cumalah diibaratkan sehelai kain putih
aku tahu akan itu
dan aku sedar
siapa yang harus mencorakkannya
siapa lah aku untuk itu
tapi rasa tanggungjawab sangat kuat
melihatkan situasi mereka
itu yang pastinya harus aku lakukan
percayalah...
aku juga mahukan
mereka menjadi manusia berguna
lebih baik dari yang ada sekarang
kepada azrul,amir,iyad dan ilyani

-pak njang sayang kamo semua-

Friday, October 8, 2010

kerja oh kerja

aku rasa dah dekat 50 kompeni aku apply kerja...
baru satu ja pggil interview...
tu pun tak panggil2 kerja lagi..
aku rasa dah tak panggil kot...
kerja oh kerja....
mai la cepat.....

Wednesday, September 29, 2010

Serba Salah

Mulut aku terkunci....
bila melihat kegembiraan
yang jelas di wajah
yang dah lama tidak aku lihat
walaupun dalam kesakitan
masih lagi mampu untuk
memberikan sekuntum senyuman
yang mampu membuat sang teruna 
terlupa akan hajatnya
aku cuba juga 
untuk meluahkannya...
bercampur baur perasaan
melayang dalam fikiran
mulut sudah berkata
hati menahan mulut
jangan luahkan lagi...!!
kita tunggu masa
masa yang akan tentukan
mata sudah kebas
sudah tidak tertahan
dari ekor mata 
terpancar sebutir permata
yang dia sendiri sudah kenal
akan itu...itu yang memberi makna
sebenar dengan apa yang di hajatkan
tapi dapat mengagak 
yang dia sudah tahu
walaupun aku cuma
berpura dalam kebenaran 
kebenaran yang aku sendiri
tidak mahu ia berlaku.....

Tuesday, September 28, 2010

HAPPY ANNIVERSARY KE-2

Pusing p pusing mai dah 2 tahun dah abang kenal kamo syg.. tapi macam baru lagi kan.. family kamo pun abang tak sempat kenal dan beramah mesra lagi... tapi tak kisah laa.. tu suma kita fikir kemudian.. InsyaAllah kalau ada kesempatan jadi laa... lagipun kan ada lagi 5 tahun... sempat la abang nak kukuh kan kedudukan dulu... kamo lain la dah dapat sambung degree.. tak macam abang dok kat umah ja makan tidoq.. haih.. sebenarnya abang takdak niat pun nak tulis panjang2.... ingat nak tulis sepatah dua kata ja.. tapi memandangkan abang tak tau nak cakap macam mana maka jadi lah ayat yang bukan2 ni... hermm.. k lahh... ehemmm...  selamat hari ulang tahun kali ke 2 sayang.. semoga kita berkekalan bahagia macam ni sampai akhir hayat.. dan abang selalu harapkan yang terbaik untuk kamo.. belajaq sungguh2 k.. LOVE U Rahila Anum.

Tuesday, September 21, 2010

Sekapor Sirih Secubit Garam

Dah lama aku tak bukak blog nih... almaklumlah kt rumah tadak tenet.. tggu aku blek ni la bru nk psang... kira bruntung gak la aku.. sekurang-kurangnya takda orang tua2 cakap tak berdunia sangat... haha.. dan sempena hari raya yang dah lepas dan sementara kita pun masih lagi berada di dalam bulan syawal ni aku rasa belom terlambat lagi untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua yang mengenali diri ini.. tidak dilupakan jugak untuk mak abah yang selalu menyaport aku dari semua arah.. kawan2 baik yang tak termampu untuk meng"list"kan karna terlampau ramai... dan juga kepada buah hati merangkap mak njang anum bak kata anak sedara aku...haha.. bahagia seketika..hohoho....holick..haish.. ermmm... apa lagi ha.. ermmm.. ermmm... tu ja kot.. aku bukan apa... nak lepas geram ja lama tak tulis blog... idea tak mai lagi...haaa... dan sekali lagi aku nak  mintak maaf lah jika ada terkasar bahasa dan tingkah laku ataupun yang tak laku...k wasalam

Wednesday, June 9, 2010

shah alam..!! noktah atau koma???!!

haihhhh....
sedih la nak tinggal kan shah alam ni....
walaupun aku tinggal kat sini baru 3 tiga tahun...
tapi 3 tahun tu lah yang bawak aku sampai ke tahap ni...
3 tahun tu lah yang banyak ajar aku pasal dunia ni..
3 tahun tu la yang menyedarkan aku yang selama ni sedang nyenyak tidur.
dan 3 tahun tu lah aku jumpa makna sebenar cinta.....
banyak kisah suka dan duka aku kat sini...
mungkin ramai orang akan lihat aku dari aspek yang lain...
sebab mereka tak tahu pun apa yang berselindung di sebalik wajah tembam aku ni....
aku tak nafikan ada orang yang memahami aku...
yang selalu ada dengan aku..... kawan-kawan..si cinta hati....
aku sangat hargai akan itu.... terima kasih untuk semua ini...
tinggalkan tempat ni umpama aku tinggalkan semua semangat aku....
selamat tinggal shah alam......
jumpa lagi di masa akan datang....
.........................................???
mungkin...............

Sunday, May 30, 2010

keroncong untuk anum

jangan risau
abang xpenah kisah
jika kamo selalu begitu
sebab abang tahu
kamo sayangkan abang
bukan terlalu berharap
cuma terlalu sayang
seperti yang abang harapkan
jadilah diri kamo
seperti sediakala
seperti kali pertama kamo yang abang kenal
mengenali orang yang sangat memahami abang
cuma satu
abang nak kamo tahu
abang juga begitu
begitu juga seperti kamo
kamo yang abang kenal
kini dan dulu

Saturday, May 29, 2010

MOTOR IDAMAN SAYA



haaaaaa.... ni lah motor idaman aku.... aku pun xtau sebab apa tiba-tiba hati ni tertarik pulak melihat motor besar ni.. tak tahu la tercapai tak hajat aku nih...
kalau tak dapat pun xkisah lah.. biasa la... semua orang ada cita-cita masing-masing kan... walauapa pun cita-cita tu.. baik ka buruk ka.. yang penting kita hepi... tak gitu..!!!

Tuesday, May 25, 2010

kalau anda perasan kat music playlist blog ni ada sebuah lagu bertajuk Louder Than Thunder dari kumpulan The Devil Wears Prada. kt bawah ni saya sediakan lirik lagu tu.


What would it take,
for things to be quiet,
quiet like the snow?
I know, this isn't much,
but I know, I could,
I could be better.
I dont think i deserve it, selflessness.
find your way into my heart
all stars could be brighter,
all hearts could be warmer.
what would it take,
for things to be be quiet,
quiet like the snow?
are we meant to be empty handed?
I know, I could,
I could be better.
I don't think i deserve it, selflesness.
find your way into my heart
all stars could be brighter,
all hearts could be warmer.
(what would it take?)
(what would it take?)
What would it take for things to be quiet?

mungkinkah akan.............

mungkin itu suatu hari nanti
perasaan yang sangat kuat
diiringi dengan semangat
cuma tuggu dan lihat

mungkin itu suatu hari nanti
tidak perlu risaukan saya
kerna itu pasti ada
pasti ia akan tiba

mungkin itu suatu hari nanti
biar saya buktikan
saya bukan seperti itu
cuma berikan sedikit waktu

mungkin itu suatu hari nanti
biarkan ia berlalu
kerna itu bukan milikmu
hanya Tuhan yang maha Satu

lepas geram

saya tidur 12 jam semalam
dengan istilah laen saya tidak perlu tidur untuk 2 hari lagi

terima kaseh untuk mp3 itu syg........

"Nanun tangshinul sarang hamnida"

(i u)

Wednesday, May 12, 2010

nasik

saya sgt perlukan kamo hari ni wahai nasik.....
tolong lah....

Sunday, April 18, 2010

himpunan kata-kata hikmat yang mampu saya dapatkan untuk dijadikan pedoman dan landasan:

  • Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)
  • Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya – (Aristotle)
  • Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum – (Aristotle)
  • Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam – (Budiman)
  • Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras – (Hamka)
  • Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya – (Hamka)
  • Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya – (Hamka)
  • Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati – (Imam Al-Ghazali)
  • Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir – (Hamka)
  • Di dalam medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi – (Hamka)
  • Kata Hukama, ” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan” – (Hamka)
  • Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati – (Hamka)
  • Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu – (Hamka)
  • Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya – (Maksud hadis)