Wednesday, September 29, 2010

Serba Salah

Mulut aku terkunci....
bila melihat kegembiraan
yang jelas di wajah
yang dah lama tidak aku lihat
walaupun dalam kesakitan
masih lagi mampu untuk
memberikan sekuntum senyuman
yang mampu membuat sang teruna 
terlupa akan hajatnya
aku cuba juga 
untuk meluahkannya...
bercampur baur perasaan
melayang dalam fikiran
mulut sudah berkata
hati menahan mulut
jangan luahkan lagi...!!
kita tunggu masa
masa yang akan tentukan
mata sudah kebas
sudah tidak tertahan
dari ekor mata 
terpancar sebutir permata
yang dia sendiri sudah kenal
akan itu...itu yang memberi makna
sebenar dengan apa yang di hajatkan
tapi dapat mengagak 
yang dia sudah tahu
walaupun aku cuma
berpura dalam kebenaran 
kebenaran yang aku sendiri
tidak mahu ia berlaku.....

No comments:

Post a Comment