Wednesday, December 2, 2009

10 kelebihan coca cola




" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.
Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama
ja!..

Wednesday, November 18, 2009

Surat untuk Pierre Simon Laplace

Dear Laplace,

Pertama skali sy ingin mengucapkan ribuan terima kaseh lah kepada En. Laplace kerana telah mencipta satu rumus yg menarik skali dgan jayanya. Apa yg dimaksudkan dgn 'menarik' di sini adalah kerana apabila sy mencuba latihan yg diberikan oleh pensyarah dgn menggunakan rumus Laplace, hasilnya amatlah membanggakan. Soalan yg begitu susah dapat dijawab dgn begitu pantas dan sgt ringkas. Perkara ini amat membingungkan sy kerana sebelum ini sy mengambil masa yg begitu lma utk selesaikan soalan yg diberikan pensyarah. Tetapi dgn adanya rumus Laplace ini sy cuma memerlukan dua baris ayat shj utk menyiapkan soalan yg sgt sukar ini bergantung berapa baris soalan yg diberikan. Contohnya jika sy diberikan dua baris soalan maka dua baris jawapan jugalah yg sy berikan. Begitu jugalah jika tiga baris dan seterusnya. Sy seringkali tersenyum sendirian selepas menjwab soalan Laplace ini. Pensyarah sy juga tersenyum apabila melihat jwapan sy sambil menggelengkan kepala. Mungkin dia tidak percaya sy dpat menjawab soalan ini kottt... haha.. . Selain daripada memudahkan kita menjwab soalan, rumus ini juga bagus utk ekosistem atau perkataan yg lebih tepat lg ialah lebih mesra alam. Sy berkata sedemikian adalah kerana apabla kita menjwab soalan yg melibatkan Laplace ini, kita cuma akan menggunakan kertas dalam kuantiti yg sgt kecil kerana jawapan yg diberikan sgt pendek dan ringkas. Jadi ini akan lebih menjimatkan dan mengurangkan pembuangan sampah (cuma materialnya jenis kertas sahaja).. Jadi disini sy ingin menekan bahawa penggunaan rumus Laplace adalah sgt bgus tak semestinya kepada pelajar sahaja bahkan kepada petani diluar sana, pekerja kilang, pemandu teksi, penjual ABC dan ramai lg boleh mencubanya. Nampaknya sampai disini saja lah kita utk kali ini.. Harapan sy adalah semoga sy tidak akan bertemu lg dgan subjek yg melibatkan Laplace ini kerana ianya tersangat MUDAH..!! sekian terima kaseh..


your secret admire,

lelaki tertekan